Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 27, 2012

Penawar Kepenatan


Penawar Kepenatan, amalkan... 

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di 
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar 
oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah 
sebagai penawarnya. 

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin 
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling 
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : 

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia 
dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." 

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk 
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. 
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak 
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta 
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: 

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa 
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, 
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali 
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu 
berdua daripada seorang khadam." 

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan 
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. 

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. 
ini. 

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia 
diajarkan kepadaku." 

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja 
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya 
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) 
dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan 
mata. 

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- 
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian 
kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan 
senyuman. 

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" 
(Sabda Rasulullah SAW) 

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu 
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka 
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." 

Hati pun perlu dicuci


Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah 

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara 
bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang 
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku 
bersih." 

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini 
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- 
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan 
semua perkara kebaikan. 

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan 
menenangkan minda. 

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, 
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" 
sebanyak 3X.. 

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu 
sebutkan. 

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk 
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku 
sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka). 

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, 
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci 
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." 
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan 
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!). 

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 
kejahatan. 

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, 
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa). 

10. Kekalkan wuduk. 
11. Bersedekah. 

12. Belanja orang makan. 

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak). 

14. Berkawan dengan ulama. 

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi). 

16. Pesan pada orang, jadi baik. 

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat. 

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat." 

sumber :http://mamafami.fotopages.com/?entry=1359142

Tuesday, October 23, 2012

Wish List Teratak kasih

Check  list teratak kasih  

1.Grill -wajib ada 

2.kitchen kabinet - wajib ada

3.hub/hood -settle

4.oven /dapur -settle

5.wardrobe bilik utama -

6.wardrobe bilik balqis -

7.sofa -

8.dining table -

9.katil 2

10.aircond 2

11.tv panel 

12.lampu

13.kipas

14.langsir 

15.wall paper -fully booked

kalau org x tau mesti anggap kami berlagak kan sbb semua nk beli yg baru tp sbnrnya buat masa skrg ni kami tinggal di kuarters so mmg fully perabut yg ada skrg ni adalah hak milik kerajaan .so mmg x boleh angkut ke rumah baru .Nak x nak kena beli baru juga . Alhamdulillah berkat jimat cermat dan menabung duit syiling mg kami dh reserve utk beli brg brg ni semua .walaupun bukan semua utk masa yg terdekat ni .. kita bersederhanalah dulu .

semoga Allah permudahkan segala urusan kami ..Ameen .


duit duit di mana kau duit 


note : penantian itu satu penyeksaan

Saturday, October 20, 2012

soal hati

gundah di hatiku siapa yang tahu ...

Friday, October 19, 2012

aku terimanya dengan penuh redha ..alhamdulillah


Pemotongan gaji utk bayaran balik pinjaman perumahan kerajaan akan bermula next month ..
HARAP MAKLUM . 


note : ada tawa dihujung sendu ...

progress terkini teratak kasih taman sungkai perdana



Toilet aka jamban dah siap pasang ..ni toilet kat master bedroom ..yg lg dua x dan nk ambik gambor sbb waktu kami site visit  hr tu ada pekerja tgh pasang toilet dlm bilik tu ..seganlah pula nak ambil gambar ..  


note : agak -agaknya bila boleh dpt kunci yer ..

Wednesday, October 10, 2012

aku redha

                                                                                        sumber :facebook.com

Wednesday, October 3, 2012

saya masih belum mampu memaafkan kamu


saya dapat kata kata ni dr facebook kengkawan saya .
 tetiba saya teringat akan satu peristiwa yg berlaku 5 thn lepas.
 saya cuba untuk melupakan tp setiap kali saya cuba ..
saya akan tetap merasa keperitan dan kesakitan itu .
seolah olah hati saya dirobek robek dan disiat siat dengan pisau yang tajam ..
 kalau begitu keadaannya bagaimana mungkin saya mampu 
utk memaafkan dan melupakan apa yg telah terjadi .
Setiap kali solat saya sering berdoa agar
 suatu hari nanti Allah akan buka hati saya
 utk memaafkan DIA. 


note : bahagiakah dia setelah dia berjaya  meragut kebagiaan dlm diri saya 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...