Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 27, 2012

kawan menangis ?


sumber : www.facebook.com/pages/Apabila-hati-berkata-sayangkata2-bukanlah-sekadar-ungkapan-indah/138551102890601

Thursday, September 20, 2012

10 Pesanan Imam Syafie


Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

■Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yang ada.

■Hak kpd malaikat maut: mengqada’kan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH s.w.t.

■Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

■Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

■Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

■Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

■Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

■Hak kpd Ridhzuan(malaikat penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH s.w.t dan bertaubat dr melakukan maksiat.

■Hak kpd Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atas baginda, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

gambar ehsan pakcik Google
■Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.










sumber :http://www.bpi.edu.my/v1/index.php/tazkirah

Wednesday, September 19, 2012

Cerita di sebalik Legoland



Sekarang ni semua orang heboh bercerita tentang Legoland ni kan .. tp tahukan anda cerita disebalik Legoland ni ..jom kite tengok video ni . More info boleh lawat blog siputhijau ni yer ...


1 Hari 1 Resepi mampukah ????


Dah berzaman Encik Suami belikan buku nie ..kunun kunun nk bg pn isteri rajin memasak ..tp pn isteri masih lg di takuk yg sama .. ahaks ..ish bukanlah malas memasak sbnrnya cuma x sempat dan x larat jer  ( boleh diterima ker alasan ni ) sendiri tanya sendiri jawablah yer pn isteri . 

Mekasih yer bang belikan buku ni ..mmg best sgt buku nie ..kalau korang follow step by step yg ditunjukkan dalam buku ni pasti korang akan dapat masuk bertanding dalam Mastercheff lepas nie ...kepada sesiapa yang belum mendapatkan buku ni silalah berkunjung ke kedai buku yang berhampiran ...Mekasih yer kak Liza sbb berkongsi resepi dgn pn isteri yang mcm saya ni .
Apa lagi ..jom kite meriahkan dapur kite dgn resepi resepi yang ada kat dalam ni ...walllahhh


nota kaki : bukan malas cuma kurang rajin jer ..ahaks 

Sunday, September 16, 2012

Aku HambaMu yg Hina


Jangan Mudah Mengeluh


Saturday, September 15, 2012

Tuhan Berikanlah Aku Cinta

Friday, September 14, 2012

TERIMA KASIH ABANG...KERANA AKU BAHAGIA MENJADI ISTERIMU...


TERIMA KASIH ABANG...KERANA AKU BAHAGIA MENJADI ISTERIMU...

Seorang isteri menangis-nangis ingin mandikan jenazah suami dia.. Bapak mertua dgn polis forensik tak bagi. Sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri. Jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Semoga Allah ampunkan dosa abang dan kita disatukan di akhirat nanti.."

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku. Sebagai seorang isteri, aku redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."

Moga kita semua dikurniakan sebaik-baik pasangan dunia dan akhirat.



sumber :www.facebook.com/rahsiaperkahwinan

Makan-makan D Trolak Country Resort

 Bila en suami xde ..mulalah virus M melanda  ..semua pasti tau apa virus M tu kan ..keh keh keh ..kalau x tau juga sila cr jawapan dlm kamus oxford yer .. so apa lg moh ler kite makan luar ..opss jgn salah tafsir yer ..makan kat luar maknanya hr ni gantung periuk & kuali yer  ..

ni lah menu pilihan si Balqis .... nasi goreng ayam ..sedap kan . harga RM 6.50  ... mahal ker murah ? 

ni pula pulihan ibu ..nasi goreng cina ..simple but nice ..bolehlahhh nk tipu perut bodo nie ..ekekkeke 

sedappp ...thumb up ..


kami makan kat restoran kat tepi tasik tu yer kengkawan ....bukan betul betul kat dlm resort tu ..kalau kat resort tu konpem x dapat harga ni  yer ..

so sape sape yg menginap kat resort ni dan nak save budget makan boleh makan kat sini ..restoran di mmg dlm kawasan resort ni  ... selamat menjamu selera yer ..
.

Susah senang biarlah kita bersama



saya sayang awak en suami ..sy akan sayang awak sampai bila bila 

Wednesday, September 12, 2012

Adam & Hawa


tak sabar nk tunggu episode yg ke seterusnya  ... memula x berapa minat tgk citer ni ..tp paksa diri sbb suka tengok AA berlakon dlm citer ni..sy kan peminat tegar AA ..heheheh lelaki idaman malaya ni ..boleh cair hati ni  ni setiap kali tatap wajah AA ni ....en suami tolong jangan jeles yerrr ...abang tetap di hati ayang tau ..
jom kite tengok citer ni ... 

9 waktu Mustajab Utk menasihati anak-anak


10 Tanda Anak Genius


Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius.  Walaupun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah  bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi  seorang yang Genius, namun masih terdapat beberapa panduan untuk mengukur sejauh mana bijaknya anak-anak anda.

10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :- 

1. Mengekalkan Maklumat
Jika  kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’  apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu  menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.

Minda  kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan  diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar  anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

2. Minat yang meluas
Minda  anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik  di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula  angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah  seterusnya.

3. Membaca dan Menulis di awal usia
Anak  anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan  menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik
Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.

5. Menunjukkan Konsentrasi
Kanak-kanak  biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh  panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan  konsentrasinya terhadap sesuatu.

6. Mempunyai ingatan yang baik
Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.

7. Susun kata yang maju berbanding usia
Kanak-kanak  yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya  menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan  cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
Misalnya  anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya  anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka  membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?

8. Memberi perhatian yang terperinci
Kanak-kanak  yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di  sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di  tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu  berubah kedudukan dan sebagainya.

9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya
Kanak-kanak  di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya  mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya  kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa  yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah  dirinya.

10. Memahami konsep yang rumit
permata hati bonda
Kanak-kanak  yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit,  melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.
Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.

p/s  – Berbanggalah dengan anak-anak anda. Semua kanak-kanak adalah bijak,  terpulang kepada kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkannya.

sumber http://mforum2.cari.com.my/forum

Monday, September 10, 2012

Pesan Cikgu

sumber : facebook.com
Selamat menghadapi peperiksaan UPSR yang akan bermula esok kepada anak anak didikku di SKTU . semoga kejayaan yang cemerlang gemilang dan ternbilang akan menjadi milik kamu semua ..

Tuesday, September 4, 2012

Kisah Wang kertas Rm 1 dan RM 100




KISAH WANG KERTAS RM1 DAN RM100


Wang kertas RM1 dan RM100 kini diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?" 

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet." 

Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. 

MORAL CERITA INI:
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.



gambar ehsan google

sumber : facebook.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...