Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 22, 2012

Mane satu pilihan hati ...

Jom cuci mata ..kitchen kabinet mane yg jd idaman kalbu ....verangan x sudah yer ...


ok tak kalau buat partition mcm ni kat living hall ...


kaler ni nampak tenang jer ..

kalau budget banyak boleh buat mcm ni kat master bedroom ..verangan jer lah dulu yer

mcm ni sesuai kot kat rumah aku tu ..


yang ni sesuai kat dapur basah ..

comel kan ..kemas jer nampak

merahnya ..tp cun habiss


nak buat mcm ni kat bilik anak dara ..

ni pun cun jugak

saya suka yang simple and nice 

teringin nk buat mcm ni juga


so ape lagi ..jom ler kite menyimpan utk merialisasikan angan angan nie ...

moral : x salah kalau nk berangan kan ..bukan kena bayar pun ..hehehehehe



sumber picture : Mr Google.com

Thursday, April 19, 2012

Tip Masuk Rumah Baru

PERALATAN yang diperlukan... semasa check defect rumah...


1. Masking tape - tape yang kaler putih/cream tu... kalau ader retak ke, terus lekat dan tanda..
2. Marker Pen - merah pun ok.. senang nampak tulis nombor dan problem atas masking tape...
3. Kertas A4 - tulis kan senarai defect tu dengan nombor dan lokasi sekali... nanti senang nak cari...


AIR
===
1. Pastikan semua meter air ada... semua kepala paip, shower tu dan benda² yang sewaktu dengannya ada...
2. Tutup semua kepala paip... pastikan sambungan betul takder, yang tercabut/longgar...
3. Buka air kat meter... biar air masuk tangki sampai penuh... Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu...
4. Bila air dah penuh dalam tangki.... bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tak... paip bocor sebelum sampai ke tangki..
5. Check air kat semua bilik air... test satu persatu....
6. Drain pipe untuk aircond... kena test masukkan air, takut tersumbat atau kena tipu.. paip tak sambung setakat gimmick jer..
7. Mangkuk tandas kena test juga... kalau air tak lancar, mesti depa dah buang lebihan simen kat dalam tu... 


ELEKTRIK
=======
1. On kan main suis... kemudian on kan suis fius (suis yg kecik & banyak tu, tak tau nama) tu satu persatu...
2. Test Soket 3-pin tu satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecik tu pun bleh... so kita bleh tau mana satu yang problem..
3. Test semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tak leh nak tekan...
4. Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan depa dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next time mudah pecah..


TILES
====
1. Check satu persatu tile dalam rumah tu... kena ketuk, kalau bunyi kosong... pecahkan saja, minta pemaju tukar...
2. Kalau ader yang pecah sikit atau retak... minta tukar juga...
3. Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok...


PINTU & KUNCI
===========
1. Tukar semua kunci depan dan belakang...sebab keselamatan, maybe dah diduplicate..
2. Tukar pintu belakang, pintu plywood tu tak leh caya... guna kunci yang ok skit.. double lock & dead lock..
3. Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu...
4. Pintu kat pagar belakang tu kena kunci, pasang padlock yang weatherproof... jgn simpan tangga kat belakang rumah...
5. Sliding door... pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang...letak pada rel sliding tu supaya tak leh tolak drp luar...
6. Gunakan padlock yang berkualiti, bukan pasar malam punya... nanti rosak haru pulak tak boleh buka..
7. Padlock yang baik seperti ABUS & ABLOY mahal sgt.. guna kan YALE, SOLEX atau setara pun ok..


GRILL / BESI JERIJI
==============
1. Design ikut budget.. tapi mesti yang agak kukuh, sebab ada design yang guna besi halus jer, mudah dipotong nanti..
2. Kunci mesti double lock.. boleh tambah selak atau kunci daripada dalam...
3. Telinga ker apa.. untuk pasang padlock tu mesti kukuh kat joint dia.. kat situ yang paling tak secure, guna tukul jer dah tercabut...
4. Mounting ke dinding, terutama tingkap mesti kuat.. skru mesti cukup kuat, kalau boleh guna besu yang ditanam dan weld ke tingkap..
5. Kalau guna grill yang boleh dibuka/safety tu.. pastikan tak boleh dibuka drp luar... nanti mudah perompak pecah cermin dan buka..




BUMBUNG / ATAP
=============
1. Kalau boleh naik ler atas tu, try tengok apa yang ada... mana ler tau ada benda asing atau defect kat situ...
2. Time hujan lebat, atau hujan.. tunggu dalam rumah atau check kat siling.. selalu time hujan lebat jer bocor atap tu..
3. pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing.. minta depa replace segera...
4. Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air.. tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu..
5. Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul... bukat kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung...
6. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah proper keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan... 




TANGKI AIR
=========
1. Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air... yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan dia..
2. Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing... masa install depa pakai letak jer.. bersihkan tangki air daripada kekotoran/batu/pasir...
3. Kalau ada plan nak install Outdoor filter, depa akan servis bersihkan tangki air sekali.. so, minta pakar yang settelkan...
4. Paip limpah tu kena check juga, kalu pelampung rosak, air tu pegi mana...
5. Nak lagi best, pasang air kat meter... pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki tu function...




ADAB & DOA
=========
1. Boleh baca doa yang biasa tu...
"Bismillahi walajnaa wa bismillahi kharajnaa wa-alallaahi rabbina tawak-kalnaa"
Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah kami keluar rumah, serta kepada-Nya kami berserah diri


2. Baca bismillah & beri salam ketika masuk...
3. Niat masuk rumah untuk berlindung/beribadah kerana ALLAH.. tawakkal kpd ALLAH..
4. Azan di setiap sudut atau bilik dalam rumah..
5. Baca Surah Al Baqarah ayat 1 sampai habis.. "Sesungguhnya Syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surat Al Baqarah."
6. Amalkan bacaan ayat² al quran, yassin dan solat berjemaah satu family... ayat kursi juga..
7. Sebelum masuk bleh buat solat jemaah/solat hajat mohon perlindungan ALLAH..
8. Buat kenduri kesyukuran dan jamulah fakir miskin & anak yatim... bukan party nie..
9. Bila nak keluar rumah, semasa nak kunci tu baca bismillahi tawakkal 'alallah dan baca doa nie.. minta Allah lindungi harta kita..


sumber : ambil dr blog orang lain ..sori lupa nk copy link ..

Progress teratak kasih kami

Jom tengok progress Teratak Kasih kami ..
Alhamdulillah boleh dikatakan 80% dah siap ..menurut pemaju bulan 6 atau 7 kami dh boleh dapat kunci .. Ya Allah Ya Tuhanku ..permudahkanlah setiap urusan kami Ya Allah ...
inilah teratak yang bakal menjadi syurga kami sekeluarga

pandangan bahagian tepi rumah ..alhamdulillah bakal jiran kami yg sblh sini muslim ..


tanah sekankang kera yg ada ..alhamdulillah 



master bedroom .. plan nk buat built in wardrobe kat sini

bahagian belkang dapur ..plan nk renovate bahagian ni jadikan dapur basah ( psst  abaikan gamar tuan tanah tu yer )


ada sliding door 2 panel kt sblh sini ..plan nk buat anjung kat sini nk letak  bangku batu  ..tpt lepak ptg ptg ..

bahagian dapur ... sini nk buat dapur kering ..nk b tempah kitchen kabinet ...

ruang tamu merangkap ruang makan

kecik jer kan ..syukur alhamdlulillah 



anak dara yg excited suruh ibu ambil gambar dlm bilik dia ..

dah besar dah anak ibu ..alhamdulillah dia dh nk bertudung bila keluar ke mana mana


jiran jiran kami ...

porch depan yg dah siap berjubin ..eh betul ker aku sebut nie.. boleh masuk 2 biji kereta ..


ada tiang eletrik pulak kt depan rumah kami nie.. mencacatkan pandangan betullah ..ish ish


model rumah kami ...  sekian utk site visit kali nie..ujung minggu depan kita lawat lagi yer bang .. hati dh berbunga -bunga riang ..

Friday, April 13, 2012

everything can be changed ..


Suburkanlah sifat pemaaf itu dalam jiwaku


Banyak ayat al-Quran dan hadis. menekankan keutamaan sifat itu. 
Ia juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, 
Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).
Diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. 
Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf.
Bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain 
yang tidak disenangi?
Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.
Kadang kala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu.
Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekali pun. Punca itu boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.
Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah sepatutnya.
Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar.
Jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan hingga melakukan pembunuhan.
Sebagaimana yang kita dengar pelbagai kes tidak masuk akal berakhir dengan tragedi pembunuhan menyayat hati.
Sebagai makhluk yang lemah dan sentiasa melakukan kesilapan, berdoalah kepada Allah supaya hati kita sentiasa dilembutkan serta dipermudahkan untuk menghulurkan kemaafan sekali pun kita berada di pihak yang benar.
Apa yang mendukacitakan, ramai kalangan isteri atau suami, ibu atau bapa terlalu berat untuk memaafkan kesilapan pasangannya dan kesalahan anak-anak mereka.
Mereka memiliki sifat keras hati dan tidak mahu mengalah apabila berada dalam situasi genting. Malah, ada yang sanggup bersumpah untuk tidak mengampunkan dosa dan kekhilafan sekali pun diminta berkali-kali.
Sikap negatif seumpama itu jika dibiarkan berleluasa dalam keluarga hanya membawa kepada pecah-belah dan anak-anak menjadi mangsa perceraian.
Rasulullah adalah contoh terbaik kerana sifat terpuji terserlah pada diri Baginda yang tidak pernah menunjukkan rasa marah hatta jauh sekali menyimpan perasaan dendam dalam hati.
Biar pun pelbagai cara dilakukan orang kafir dan Yahudi yang mengguris perasaan Baginda.
Antara kisah paling masyhur berkenaan sifat mulia Baginda adalah diracun seorang perempuan Yahudi.
Walaupun sahabat iaitu Bisyir bin Barra meninggal dunia selepas memakan daging kambing diberikan perempuan itu.
Namun Rasulullah tetap memaafkan kesalahannya malah berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk dan hidayah hingga akhirnya beliau memeluk agama Islam.
Saidatina Aisyah berkata: “Rasulullah tidak pernah memukul sesiapapun, baik kepada isteri Baginda mahu pun pembantu Baginda, kecuali ketika berperang di jalan Allah. Dan Baginda tidak pernah membalas sedikit pun kepada sesiapa yang menyakiti hatinya, kecuali dalam perkara larangan Allah.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Anas menceritakan: “Ketika saya tengah berjalan bersama Rasulullah dan pada ketika itu baginda tengah mengenakan selimut tebal dari Najran. Seorang Arab Badwi mengetahui hal itu lalu menariknya dengan kasar sambil berkata: ‘Hai Muhammad, serahkan padaku harta Allah yang kamu miliki. Maka Rasulullah pun tersenyum dan Baginda pun memakbulkan permintaan orang itu.” (Hadis riwayat Muttafaq Alaih).
Tiada ubat paling mujarab merawat penyakit hati melainkan dengan berlapang dada, memberi kemaafan secara ikhlas dan mengembalikan ketenteraman, ketenangan serta menambahkan khusyuk ketika beribadat.
Orang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain, yakin dan percaya bahawa setiap keterlanjuran yang berlaku adalah ujian Allah. Mereka tidak terbelenggu dengan rasa marah berpanjangan. Pemaaf adalah mereka yang mulia di dunia dan akhirat.


sumber : http://nan-salleh.blogspot.com


Bersabarlah Duhai Hati


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...