Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 10, 2011

Tip Percutian Menarik

musim cuti ni adalah lebih baik kalau kita dapat luangkan masa kita bersama keluarga dgn membawa mereka bercuti..semoga dengan percutian itu dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga . Untuk memastikan percutian menjadi bertambah menarik dan tidak terbuang begitu sahaja jom kite tgk tip tip percutian nie ..

1. Rancang lebih awal, jangan dilakukan pada saat-saat terakhir terutama jika melibatkan satu keluarga yang besar kerana lebih awal kita menempah penginapan dan tiket penerbangan atau perjalanan, lebih banyak potongan harga yang boleh diperoleh.

2. Apabila bercuti, ambil juga kesempatan pada hari yang tidak sibuk kerana harga yang ditawarkan lebih murah dan dengan cara itu anda boleh berjimat.

3. Sekiranya berlibur bersama keluarga, pastikan juga kehendak seisi keluarga. Adakah mereka ingin bersantai di pantai, berjalan sambil menimba ilmu dengan melawat tempat-tempat bersejarah atau membeli-belah. Apabila sudah mengenal pasti kehendak semua, lebih mudah untuk merancang bajet dan memilih destinasi percutian.

4. Pilih destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga. Setidak-tidaknya destinasi itu disukai semua agar tidak ada yang bermuram ketika yang lain berseronok dalam percutian tersebut.

5. Fikir pula tentang pengangkutan. Adakah anda ingin menaiki kapal terbang, kereta api atau memandu ke destinasi pilihan. Pilihan anda juga perlu sesuai bajet yang diperuntukkan. Tetapi, jangan pula dilupa tentang keselesaan.

6. Mula mencari tempat penginapan di kawasan tersebut. Pastikan hotel, resort atau chalet yang dipilih menawarkan kemudahan yang dicari seisi keluarga seperti kolam renang, spa atau kemudahan yang lain.

7. Setelah semuanya lengkap, rancang pula bajet percutian mengikut pilihan penginapan dan pengangkutan anda tadi. Jangan lupa mengambil kira makan, minum, hiburan dan membeli-belah. Dan, jika masa masih panjang, anda boleh mula menyimpan untuk persediaan percutian.

8. Jika sudah berpuas hati, buat tempahan segera terutama hotel dan kapal terbang. Sebaik melakukan tempahan, letak semua maklumat di satu fail agar mudah dicari nanti.

9. Jika inginkan pihak hotel menguruskan tentang lawatan ke tempat-tempat menarik atau sebagainya, jangan lupa memberitahunya ketika urusan tempahan bilik dilakukan.

10. Beberapa minggu sebelum berangkat setidak-tidaknya dalam masa dua minggu, telefon semula hotel atau syarikat penerbangan untuk mengesahkan kembali tempahan bagi memastikan semuanya teratur seperti yang dirancang.





Selamat bercuti!!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...