Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 28, 2011

api ..api..api

Jom layan gambar sekitar program 'Sehari Bersama Anggota Penyelamat Slim River '


Murid -murid berkumpul di padang sekolah sebaik sahaja loceng kecemasan dibunyikan.Setiap guru diwajibkan mengambil kehadiran setiap murid agar tidak ada murid yg terperangkap dalam kebakaran.

Pakcik Bomba sedang memberikan taklimat kebakaran dan cara menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan.


Taklimat cara menggunakan alat pemadam api ..murid murid teruja mendengarnya


Ketua program cikgu Fuad


Nak guna alat nie kena buka dia punya pin dahulu yer adik-adik ..

cara pegang yang betul ..jgn sembur kt kengkawan yer adik adik ..

Api waktu kecikjd kawan..dh besar ..tengoklah gayanya yer..seriau tgk ai yg marak tue


Cikgu Zaity cuba menunjukkkan kepakaran memadamkan api ..cayalahhh kak..

Demo dr salah seorang murid tahun enam ..


P/S : Satu program yang menarik ..tq kepada semua yg terlibat.

Saturday, July 23, 2011

Jalan Jalan Bagan Lalang

Dah lama teringin nk ke sini ..asyik duk tgk dlm blog org jer . sekali hr tu en suami ada jemputan kenduri kawen kawn dia kat sepang ..ghupenya rumah dia x berapa jauh dr pantai Bagan Lalang nie..so kami x lepaskan peluang ke sini ..jom layan gambar .

first time jejak kaki ke sini

pemandangan dr dalam kereta

deretan kedai yg menjual pelbagai mainan ni memancing puteri kami utk ke sana


mmm x tau nk pilih yang mane satu


akhirnya yg ini jd pilihan

ada hati nk pilih lagi satu ..

tenang jer kat sini


yea yea dah dapat

seronok lah tue

dr jauh kelihatan Sepang Gold Cost

tuan rumah pun nak interprem



Teringin nk menginap kat sini


moga angan -angan akan jd kenyataan .






P/s : tengah bodek en suami ..anniversary thn depan yer bang ..kekekekek

Thursday, July 21, 2011

Petua Masuk Rumah Baru


info ni sy share dr facebook kawan ..insyaallah tahun depan kalau xde aral dan dipermudahkan segala urusan..insyaallah kami akan masuk rumah baru ..so jom kite share info yg sangat berguna nie ..

Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.
Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)
Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.




dah plan mcm mcm utk tanah sekangkang kera nie ...photo ihsan km land


Monday, July 4, 2011

Balqis dpt Hadiah

Nak letak jugak entry ni kat blog utk tatapan my princess walaupun benda ni dh agak lama ..heheheh ..jom layan gambar balqis dpt hadiah sempena pertandingan mewarna kat pra sekolah ..tahniah yer sayang ..i am proud of you ...

malu malu nk salam dgn PK Hem sekolah

pandang kamera sayang..ibu nk snap ur pic ( ni ler untungnyer jd cikgu ..
dpt snap gambar anak sendiri ..bukan semua boleh dpt peluang ni kan )


ni pulak gambar best friend Balqis..Puteri An Nur Raudhad..dpt tempat pertama .. kalau kat rumah asyik asyik nama puteri jer yg disebut .Puteri ni muda setahun dr Balqis.

hadiahnya ..;
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hahahahahah..
lupa nk snap ..
hadiahnya dpt file dan set alat tulis ..

congrats sayang ..
ibu & abah proud of you






Saturday, July 2, 2011

1 murid 1 sukan


Jom tgk gambar ...


bersedia utk memulakan larian 1 murid 1 sukan ..

acara padang utk murid murid tahap satu

2 x 200 meter ..


orang orang kuat sktu
bakal atlit masa depan ..


tgk tue ..kena sakat ngan cikgu parul menangis sbb penat larik ..huhuhuhu .

dah hampir sampai ke garisan penamat


murid murid tahap satu memanti peserta sampai ke garisan penamat


cepat cepat cepat ...




acara sampingan utk murid tahap satu..
pertandingan mewarna


itulah xtvt kami minggu nie..sekolah cuti hr ahad sajokk..penat wehhh.







Friday, July 1, 2011

Senyum x perlu kata apa -apa

Berakhir sudah sambutan Isra' & mikraj kat sekolah hr nie ..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar ...
walaupun aku hanya jd org belakang tabir jer....
tukang buat pamplet tetap & berpencen ..
itu lah aku ...

potret puteri kami sekadar hiasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...