Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 22, 2011

Yang tinggal hanyalah kenangan

Hari ni 21 Aprill 2011
genap sebulan ayahanda tercinta pulang ke rahmatullah ...
rase cepatnyer mase berlalu ..
rase br semalam jer ku menjaganya di hospital..
hari -hari terakhir bersamanya amat bermakna buat diriku
Syukur yg teramat sgt kerana Allah bg peluang padaku
utk berbakti pada ayahandaku di saat akhir hayatnya ..
walaupun ayahanda telah tiada...
tp kenangan bersama ayahanda akan sentiasa terpahat indah di dalam hatiku ..
hanya iringan doa yang mampu kuutuskan utkmu ayahanda
semoga ayahanda tenang dan aman di sana
..
Al FATIHAH.




saat saat manis bersama ayahanda ....12 jam sblm ayah pergi meninggalkan kami ...
Al Fatihah utk arwah ...



Tuesday, April 19, 2011

SURAH YASSIN

Dipetik dr buku Rahsia & Fadhilat surah2 pilihan.

  • Surah yassiin adalah surah yg ke-36 didalam al-Qur'an, mengandungi 83 ayat.
  • surah Yassin adalah " HATI" al-qur'an.
  • dibaca sekurang2'y tiap2 malam jumaaat, ketika memohon sesuatu hajat dan ketika berlaku kematian.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W,

"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yassiin, sesiapa yg membaca Surah Yassiin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10X membaca Al-Qur'an seluruhnya".

Drpd Jundub r.a berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W, sesiapa yg membaca Yaasiin dlm 1 mlm semata2 mengharapkn keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosanya ( Hadis Riwayat Malik, Ibnus-Sunni dan Ibnu-Hibban ).

Kaifiat membaca surah Yassin yg baik ialah:

  1. Dimulai dgn membaca Al-Fatihah.
  2. Membaca Salawat Nabi 11X
  3. Membaca Surah Yassiin.
  4. Setelah selesai bacalah Surah Al-Insyirah, Surah Al-Qadr, Surah Al-Fiil, Surah Al-Kafiruun, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.

sumber :facebook.com

Sunday, April 17, 2011

Bertih @ chicken pox

cerita ni xde kena mengena tentang makanan jauh sekali tentang ayam tp tentang sejenis penyakit yg biasanya setiap org akan merasai sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.kat kelantan deme dok panggil benda alah ni bertih ...kat perak femes ngan pelentong dan kalau kat bandar bandar deme panggil chicken pox..mmm x taulah kenapa ayam pulak disabitkan dlm hal ini sedangkan xde kena mengena ngan ayam pun ...

biasanya sesape yg nk kena benda alah nie selalunya akan demam dulu ... tp sib baiklah balqis nie xdelah demam teruk just panas badan jer..lepas tu kuarlah bintik bintik yg berisi air ..mmg ngeri lah nk tgk bintik bintik tue..kite tgk pun dh terasa sakit apatah lagi si anak kecil yg harus menanggung semua nie .. kalau boleh nak jer pindahkan penyakit tu kat ibu dia nie..biarlah ibu sakit xpe janji anak ibu sihat waalafiat ..



bintik bintik air dah penuh satu badan ..besar besar lak tue ...sian anak ibu..nk baring pun x boleh sbb dh penuh satu badan ..sabar yer dik ...setakat ni kami berubat cara kampung jer..minum air penawar dan sapu dgn bedak sejuk ..mase memula kena hr tue dah bg dia minum air kelapa..mak mertua cakap kalau kita bg minum air kelapa dia cepat keluar dan insyaallah akan cepat baik..


ni9 kat atas belakang ..mase nie x banyak lagi..br nk naik ..

kat muka pun dh ada ..
sian anak ibu kan..nk senyum pun dh x larat ..
sabar ek esok lusa nanti dah baik ibu bwk g Mc D ok..
Aqis mesti kuat tau..
supaya nanti cepat baik..
Ibu dan abah sentiasa doakan supaya aqis cepat baik ...
sayang anak ibu..muahhhh


Wednesday, April 13, 2011

Renungkanlah

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli keluarga, saudara-mara dan kaum kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapa pun berkata-kata, si suami telah berkata, “Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini.” Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu. Si suami meneruskan kata-katanya, “Demi Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta’ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa baik yang dilakukannya kepada diriku.

Apabila dia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi Muhammad S.A.W: ‘Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam syurga’. Tatkala meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: Wahai Tuhanku, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia. Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah kalian, sesungguhnya aku di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteriku telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya. Semoga Allah Ta’ala menerima isteriku dengan keredhaanNya.”

sumber : http://syahirul.com

Monday, April 11, 2011

jiwang

Hidup tak selalunya indah
tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan

Friday, April 8, 2011

Rindu ..

dua malam lepas mimpi jumpe 'chek'
dalam mimpi tue chek nampak berisi dan sihat
x seperti saat saat akhir kami bersamanya..
dia tersenyum tanpa berkata apa apa ...
apakah petandanya adakah mimpi itu hadir hanya kerana aku terlalu merindui 'chek'..
bila kuajukan pada org yg lebih arif..dia bg tau aku jumpe 'chek ' dlm keadaan sihat maknanya apa yg kita hadiahkan pada chek sampai pada arwah..
aku masih ingat kata kata ustaz waktu kat sekolah ..
hanya 3 perkara yg boleh sampai pada si mati iaitu sedekah jariah ..
ilmu yg bermanfaat
dan doa anak yg soleh & solehahah ....
alhamdulillah setakat hr ni aku belum pernah miss utk
menghadiahkan yassin utk arwah chek ..
dan tidak pernah putus mendoakan semoga rohnya
tenang dan aman di sana ..
semoga roh chek tenang di sana ..
sesungguhnya kami semua terlalu merinduimu ..


arwah ayah tetap hidup dlm hatiku ..


* utk kesekian kalinya air mata ini menitis lagi..huwaaaaa...

Monday, April 4, 2011

Pergi tak kembali


Masuk hari ni tanpa sedar dh hampir 16 hr ayahanda tercinta pergi menemui
pencipta Allah s.wt.
Rindunya kat ayahanda ..
kini tiada lagi panggilan telefon dari ayahanda ..
masa hayatnya selang sehari arwah akan menelefon anak kesayangannnya ini.
Kini perginya x kan kembali lagi.
Hanya doa dan Al Fatihah yang mampu kutitipkan setiap waktu buatmu
semoga 'chek' tenang di sana.
Maafkan anakmu ini 'chek' kerana tidak mampu
menziarahi pusaramu setiap hari..
dr jauh anakandamu ini sentiasa mendoakan
semoga roh' chek' sentiasa dicucuri rahmat Allah
dan ditempatkan di kalangan
para Anbiya dan para syuhada'a.
Ameen...

Al Fatihah

semoga arwah tenang di sana .. we miss u so much ...

Al Fatihah





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...