Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 25, 2009

Jauh


aku rasa jauh
aku rase terasing
aku rase rendah diri
aku rase dipinggirkan
aku rase aku x membawa erti
aku rase aku tiada makna lagi
dalam hidup seorang lelaki
yang bergelar kekasih
bagaimana harus
aku hidup begini
aku kecewa
aku terseksa
aku merana
bagaimana caranya
untuk aku kembali
menaruh cinta pada dia
sedangkan semua itu
telah dia bawa pergi
saat dia
menyakiti


Tuesday, October 20, 2009

Tugasan Hari ini

Hari ni aku meneruskan rutin kerjaku seperti biasa.Jadual kelasku agak padat dan banyak benda yg perlu disettlekan( sib baik xkena relief ).

Awal pagi aku sibuk menyiapakan lesson plan untuk esok dan untuk lusa kerana esok aku ader kursus kat Tapah.Walaupun akan berkursus sebagai seorang guru wajib menyediakan lesson plan untuk rujukan guru yg akan menggantikan kelas tersebut.Mmm malas sbnrnya nak g kursus ni tambah pula bila memikirkan aku terpaksa drive sensorang ke Tapah.Memanglah x jauh cuma aku agak x suka dgn keadaan jalan raya nak kesana.Kejap jalan 2 lorong kejap satu lorong dan kawasan tu kalau waktu pagi mmg sibuk dgn lori.Paham paham jer lah kalau lori ader kat depan..mcm kura kura lah aku bwk keta dan pastinya aku akan lambat sampai ke tempat yang nak dituju.Tambah rase x syok bila aku terpaksa bawak WTC.Bukan x boleh cuma aku x bape konpidem nak drive guna WTC tue.Aku lebih suka bawak myvi aku..kecik senang..senang nak drive..paling best senang nak parking..tapi nak buat camane baru tahu pagi td nak en suami dah bawak myviku ke kl.

Mesti org pelik kan napelah ader keta best still nak guna myvi gak ke kl..bukannya ape biasalah en suami aku tu kan low profile..keta baru sayang nak parking merata katenya..parking jauh dan x berbumbung lak katenya.Xpelah sayang...bwklah jerlah myvi tue..tapi jaga lek loktau..tu keta saya..buruk buruk pun keta saya tau..heheheh tu lah pesanan ku pade en suami setiap kali dia menggunakan khidmat myviku itu..

Ya allah permudahkanlah segala urusan aku esok hari..semoga aku sampai ke tempat kursus dgn selamatnya.

Monday, October 12, 2009

Salam Ukhwah salam persahabatan


Assalamualaikum...
Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha pengasih aku memulakan tintaku di blog ini..first time cuba buat blog sendiri setelah sekian lama aku cuba mencari pembaca setia pada blog -blog kengkawanku di arena maya ini.
Alhamdulillah berkat tunjuk ajar dari mr suami yg teramat aku cintai maka terhasillah blog yg x seberapa ini..blog ini sekadar tempat untuk aku berkongsi suka dukaku bersama kengkawan yg sudi bertandang ke blogku ini..
Segala komen dan pendapat dari kengkawan amatlah aku hargai bagi memantapkan lagi penampilan blogku ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...